・・・
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
.
Kejayaan merangkul pingat Perak di Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini merupakan kejayaan terbesar dalam karier saya sebagai seorang atlet negara dan saya percaya ianya juga adalah sejarah baru buat arena sukan negara.
.
Saya amat berterima kasih kepada pihak Kementerian Belia & Sukan Negara (KBS) terutamanya Menteri Belia & Sukan Dato Seri @reezal_merican , seluruh warga Majlis Sukan Negara (MSN) @msn_malaysia_official serta Institut Sukan Negara (ISN) @isnmalaysia yang sentiasa memberikan sokongan penuh didalam perjalanan karier saya. Tidak lupa juga kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri @norzazakaria serta seluruh warga MOM @ocm_mom dan juga Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang membantu melancarkan segala urusan ke temasya Sukan Olimpik Tokyo. @olympics
.
Ribuan terima kasih juga kepada penaja-penaja yang menghidupkan karier lumba basikal professional saya terutamanya penaja utama saya iaitu CIMB @cimbmalaysia . CIMB memberikan kepercayaan penuh akan kebolehan saya dan mereka komited memberikan sokongan bermula pada tahun 2017 sehingga sekarang. Begitu juga dengan penaja seterusnya iaitu Daikin @daikinmalaysia dan AirAsia @airasiasuperapp , mereka juga amat komited berdiri teguh di belakang saya. Tidak lupa juga penaja berikutnya iaitu Wattbike, Oakley dan juga OGK Kabuto yang sentiasa bersama ketika jatuh dan bangun saya.
.
Ucapan terima kasih juga kepada seluruh warga Kerajaan Negeri Terengganu khususnya Menteri Besar Negeri Terengganu Dato Seri @drahmadsamsuri yang sentiasa mengambil berat perihal berkenaan dengan saya dan amat cakna dengan karier lumba basikal saya dan begitu juga dengan atlet-atlet Negeri Terengganu yang lain. Terima kasih kerana turut membantu di dalam melincirkan persiapan saya ke Temasya Sukan Olimpik Tokyo kali ini. Saya amatlah bersyukur dan berbangga menjadi salah seorang atlet kelahiran Negeri Terengganu. Ganu Hanelang.
.
[Bersambung]
.
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#olympics #olympic
#tokyo2020 #tokyo